Assalaamu’alaikum w.b.t…….
Apa agaknya yang kita rasa setelah kita memberi sesuatu hadiah atau bantuan kepada seseorang, tetapi orang itu langsung tidak mahu ucap terima kasih pada kita?  Marah, suka, atau no problem? 

Jika ‘marah’ adalah jawapan kita, maka mungkin kita telah terlupa dengan firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka mengabdikan diri kepada Ku.”  [Surah Az-Zariyat : Ayat 56]

“Mengabdikan diri” di situ bermakna kita semua ini wajib menjadi Hamba kepada Allah. Ya, kita semua ini hanyalah HAMBA ALLAH. Maka jika kita perasan bahawa kita ini hanyalah hamba Allah, baru lah kita akan berbuat selayaknya dengan jawatan yang kita sandang ini.

Apa kaitan hamba dengan pemberian kita pada orang lain? Ya, jika kita betul-betul ikhlas memberi sedekah , hadiah atau sesuatu bantuan kepada orang lain, sepatutnya tidak tercetuslah di hati kita untuk mendapatkan sebarang balasan atau ucapan terima kasih sekali pun dari manusia itu. Jika kita hanya harapkan REDHA Allah , maka apa gunanya kita harapkan balasan dari manusia atau ucapan terima kasih itu? Adakah dengan ucapan terima kasih itu kita dapat redha Allah dan masuk syurga? 

Kerana itu lah saya tertarik dengan maksud firman Allah Azza Wa Jalla iaitu, “Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.  “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.” 
 [Surah Al-Insan : Ayat 8 – 9]

Tentang ‘mereka yang memberi makan kerana Allah semata-mata’ itu, Mujahid dan Said bin Jubair berkata; “Demi Allah, mereka ini tidak mengucapkannya melalui lisan mereka, tetapi Allah mengetahuinya melalui hati mereka sehingga Dia pun memberi pujian kepada mereka untuk memancing orang lain melakukan hal tersebut. 

Kemudian disambung lagi dengan ayat seterusnya yang bermaksud, “”Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah masam berkerut-kerut”.  Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri, dan perasaan riang gembira.  Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.”  
[Surah Al-Insan : Ayat 10 – 12]

MasyaAllah, maka apa lah sangat balasan dari manusia dan ucapan terima kasih itu jika dibandingkan dengan balasan baik oleh Allah S.w.t di akhirat nanti?  Oleh itu, tidak perlu lah kita kecewa, hancur hati, marah dan seumpamanya jika orang TIDAK BERTERIMA KASIH langsung di atas pemberian kita. Hati pun tidak sakit, jiwa pun tenang, akhirat pun ada habuan insyaAllah. Itu lah baru sebenar-benar ikhlas dalam memberi (bukan kerana mahukan balasan, ucapan terima kasih, riya’ atau menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Sehinggakan jika orang membalas pemberian baik kita dengan keburukan sekali pun, jika kita betul-betul beriman dan yakin dengan ayat tadi , insyaAllah tidak akan menjejaskan diri kita. 

Apa lagi kita dilarang mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut tentang pemberian kita dengan niat riya’, menghina dan menyakitkan hati orang dan seumpamanya. “Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan agama Allah kemudian mereka mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit pemberiannya dan tidak pula menyinggung atau menyakiti pihak yang diberi, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka.” [Surah Al-Baqarah : Ayat 262]

Bantuan itu sebenarnya adalah bantuan dari Allah. Kita ini hanya penyebab atau medium nya sahaja. Dan kita ini hanya hamba Allah yang menjalankan tanggungjawab kita semata. Kalau kita dapat faham sampai tahap ini, insyaAllah kita tidak akan mengharapkan balasan atau pujian pun.

Sedangkan jika pemberian kita itu berupa harta yang dicari oleh kita sendiri pun tidak sepatutnya kita harapkan balasan dan pujian, apa lagi jika kita hanya mengurus dan membahagi-bahagikan harta awam atau harta rakyat sahaja.

Walau pun begitu, jika kita terima pemberian dari orang lain pula, jangan lah kita langsung tidak mahu ucap terima kasih, itu namanya kurang adab dan akhlak. 🙂 Adab dan akhlak sesama manusia (hablun minannaas) pun kita kena jaga juga, tak begitu?  Cuma, tulisan di atas di tujukan kepada kita kalau kita yang memberi. 

Bayangkan jika semua orang memberi hadiah , sedekah dan bantuan TANPA langsung mengharapkan balasan dari manusia dan ucapan terima kasih, alangkah indah dan amannya dunia insyaAllah. Sedangkan haiwan pun kita boleh bantu tanpa harapkan balasan (memang haiwan tak pandai balas pun), apatah lagi manusia …….

Ketika Cinta berbuah syurga

Posted: March 19, 2015 in Uncategorized

ketika cinta berbuah syurga

Ku kejar pelangi impian itu

Bersama deruan sebuah kenangan

Layar minda sesekali terusik

Terpana pada sebuah keindahan

Apakah cinta dan rindu

Akan bersatu dalam seorang diri

yang bergelar HAMBA

Tika ini masih kelam

Hala dan tujuannya…

Dan mindaku berlalu

Mengusir desir-desir derita dan noda

Membawa rindu dan ingatan

Melerai sebuah janji

terpatri kukuh saat roh ditiup

hanya KAU Rabbku

Kasih sayang utuh yang terpendam

Di hujung penghayatan sekeping hati

Apakah ini cinta

Atau sekadar cerita sebuah rindu

Titipan kasih sebuah sayang

Untaian makna sebuah kehidupan

Yang harus dihadapi

Inikah bukti cintaku untukMU?

Semilir pagi menghembus..

membelai raut wajah..

yang penuh kesedihan..

meratap satu peristiwa demi peristiwa

yang dipanggil DOSA…

biarpun tika ini hati digamit resah

persoalan demi persoalan..

yang kian bertandang dijiwa..

kiranya mampu kuundurkan masa…

ingin kurubah segalanya..

akan kujaga hakMU..

akan kuhayati kalamMU….

Tapi semua bagaikan ilusi semata

mana mungkin ku mampu putar dunia…

aku hanya sang kerdil yang mampu berserah meminta keampunanMU

akan kuteruskan perjalanan ini

menuju hari esok

yang pasti membawa sinar bahagia

dalam meraih cintaNYA

dalam sendu nafas mengucap kalimah cintaMU….

disaat cinta berbuah syurga…..

Muhasabah diri sendiri

Berapa kali agaknya ayah dan ibu menangis kerana b?
Berapa kali agaknya ayah dan ibu tak tidur malam kerana memikirkan b ?
Berapa banyak air mata ayah ibu setiap kali melihat b susah, b sakit, b diuji?
Berapa panjang tahajud serta doa b untuk mendoakan ibu ayah?

Belum cukup solehah rupanya

Maafkan abby atas segala kata-kata yang melukakan.
Maafkan abby atas nasihat-nasihat yang diingkari.
Maafkan abby atas sikap-sikap yang menjengkelkan.
Maafkan abby atas perbuatan yang menyedihkan.

Belum cukup solehah rupanya

Setiap kali abby sakit,
ibu ayah rela berhabis harta.
Apa saja asalkan abby sihat.
Segala keperluan ibu ayah sediakan cukup lengkap.
Complete dengan doa dan nasihat.

Tapi..

Abby kurang peka.
Kurang tahu.
Kurang faham.
Sayangnya ibu ayah pada abby.

Belum cukup solehah rupanya

Keperluan abby didahulukan,
keperluan ibu ayah dikemudiankan.
Abby terlupa segala pengorbanan.
Dua tahun pun lama,
apatah lagi dua puluh tahun pengorbanan.

Belum cukup solehah rupanya

Setiap hari abby menelefon ayah ibu di rumah.
Bertanya khabar dan berkongsi cerita.
Semua cerita duka disini abby kongsi,
sehingga abby terlupa mendengar cerita ayah ibu,
cerita duka dan sedih ayah ibu.

Belum cukup solehah rupanya
Setiap kali abby diuji Tuhan.
Ayah Ibu cuba selesaikan urusan.
Mesej dan telefon memberikan semangat.
Belum dikira doa dan solat hajat.
Tapi bila ayah ibu ditimpa kesusahan,
abby sendiri tidak tahu,
apatah lagi untuk solat hajat?

Belum cukup solehah rupanya

Bila dapat kegembiraan,
abby menelefon gembira.
“Bu, b dapat A untuk subjek ni!”
Ayah Ibu menangis terharu.
Tapi abby tak pernah bertanya,
“Bagaimana ibu disana? Semuanya OK?”
Abby banyak cerita tentang diri sendiri,
Kurang bertanya berita ayah ibu di sana.

Belum cukup solehah rupanya

Ayah Ibu,
abby selalu minta bukan-bukan.
Nak laptop baru.
Nak blackberry.
Nak itu dan ini.
Ayah Ibu mendengar dengan janji.
“Kalau b baik-baik, ibu bagi”
Tapi setiap kali ibu ayah mahukan sesuatu dari abby,
abby ‘rebel’
abby memberontak.
Abby rasa ibu ayah mengongkong.

Belum cukup solehah rupanya

Abby minta maaf,
andai jasad ini nyawanya cuma sehingga detik ini,
mungkin abby tak mampu menjadi anak terbaek buat ibu ayah.
dan andai kata ayah ibu pergi meninggalkan abby detik ini,
mungkin abby anak yang paling malang,
belum cukup berbakti pada kalian.

Sedangkan bakti kalian untuk abby sudah tidak terbilang.
Abby mohon restu ayah ibu.
Halalkan semua hak yang abby belum tunaikan.
Abby belum cukup solehah untuk ayah ibu.

Kalau Allah izinkan,
abby mahu menjadi yang terbaik.
terbaik antara semua anak ayah ibu yang terbaik.
Abby machu menjadi seperti Uwais Al Qarni.
Kehidupannya di dunia dan akhirat sungguh berkat,
harga buat sebuah taat,
pada seorang ibu yang tua dan tidak kuat.

Mohon doa ibu ayah untuk abby disini.
Abby mahu menjadi permata solehah buat ibu ayah.
Doakan abby yang dhaif.

Belum cukup solehah rupanya

Banyak kali ayah ibu menangis mendoakan abby
tapi entah berapa kali abby menangis mendoakan ibu ayah?
Maafkan abby,
terlalu sibuk mendoakan diri sendiri,
sedangkan terlupa mendoakan ayah ibu.
Sedangkan ayah ibu sibuk mendoakan abby dan adik,
sehingga terlupa mendoakan diri sendiri.
Mulianya seorang ibu.

Allah,
lindungilah ayah ibu.
kasihilah ayah ibu.
berkatilah ayah ibu.
bahagiakanlah ayah ibu.
dunia dan akhirat.

Teringat kisah Uwais Al Qarni. Ketaatannya kepada seorang ibu yang tua malah sakit, sehingga dijadikan manusia mulia dunia dan akhirat.Tertanya pada diri sendiri, sejauhmana hubungan dengan ibu ayah?

Kalau Uwais dijanjikan syurga kerana taat, apakah abby dijanjikan neraka kerana derhaka?Wa iyyazubillah.Teringat pesan seorang Ustaz, “Kalau hidup kita susah, rezeki kita payah, hati kita gelisah, tentu ada benda yang salah dengan ibu ayah. Allah bayar cash kat dunia lagi dah susah, kat akhirat nanti tentu lebih parah.”Terguris hati seorang ibu kerana kata-kata mahupun riak muka, menanggung dosa dan sengsara dunia akhirat.

Teman2 Abby semua, sekalipun ibu memaafkan kita, Allah belum tentu meredhai kita. Elakkan membuat ibu ayah terluka dan sedih kerana kita.Mari jadi anak soleh. Tak guna mengejar tittle Isteri/Suami SOLEH, tapi awal-awal dah failed.Ingat, kita juga bakal punya anak suatu hari nanti. Bagaimana kita lakukan pada ayah ibu kita, begitulah anak kita akan buat pada kita.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

image

Encik Fahnur ucapkan ribuan terima kasih kerana selama mengenali Encik Fahnur dapat manfaat yang tak dapat diluahkan oleh kata2.
Encik ilmu yang Fahnur dapat memang tak boleh di beli dengan Wang ringgit..Fahnur pun tak mampu nak bayar pada Encik..Encik Fahnur suka suasana dimana kita selalu berdebat tentang sesuatu perkara..Encik Fahnur rindu suasana ITU…maafkan Fahnur ya..Fahnur talk mampu nak beri apa2 sempena hari lahir Encik..maafkan Fahnur…tunggu Fahnur ada pendapatan sendiri baru Fahnur mampu…Encik Fahnur harap Encik suka ucapan Fahnur ini ya…
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat encik…

Encik dengarlah suara angin yang bertasbih memujiNya lewat untaian desau lembar daun menari

salamat hari lahir…..

Encik bawalah hati encik singgah sejenak di batas nurani

tak ada hadir Fahnur …hanya cita, tak ada hadir Encik …hanya pinta, tak ada raga fahnur…hanya asa, tak ada raga Encik …hanya do’a

seribu cita, seratus pinta, sepuluh asa,dan hanya satu do’a

harapkan bentang indah cakrawala hiasi langit encik…asakan bentang indah maya pada hiasi bumi encik

Buat encik ..
Smoga panjang umur lagi dirahmati
Semoga dimurahkan rezeki lagi diberkati
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buat encik..insyaAllah…
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan…
Fahnur sentiasa disisi encik…
Semoga detik-detik waktu yang berlalu
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usia encik
Akan bertambah iman di dada encik

Selamat Hari Lahir..
Jadilah diri encik permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengan keindahan
Jangan ada hujan membawa ke malam
Jadilah diri encik seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuan takdir
Dan jadilah diri encik sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi

Selamat Hari Lahir..
Ikhlas dari hati seorang hamba Allah
Terima kasih atas setiap kebaikan
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukur Fahnur  pada Tuhan atas pertemuan
Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Selamat Hari Lahir buat Encik
selamat hari lahir permata hati Fahnur

image

berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi
di dunia dan di akhirat yang abadi..
Allahumma Ameen..

كل عام وأنت بخير

YA ALLAH AKU RINDU RUMAHMU

Posted: November 6, 2014 in Uncategorized

Aku rindu menjadi tetamuMu

ku inginkan jiwaku berjalan terus kearahMu

andai jiwaku diam, diamnya biarlah tetap

menyedariMu

agar jasadku terus kuat untuk jatuh dan sujud padaMu

Aku rindu menjadi tetamuMu

bukanlah Safa dan Marwah yang dikejar

dua bukit itu hanya sekadar bukit

tika Siti Hajar mengharapkan selain dari Allah,

maka dia tertipu dengan bayangan air

yang mengalir antara dua bukit itu

dan izinkanlah aku menyentuh ibrahnya

tika kesedaran datang,

dia benar-benar melepaskan segala harap kepada

yang lain

dan berharap hanya padaMu

dan akhirnya,

bukanlah di Safa dan Marwah air itu

di kaki Nabi Ismail jugalah terpancul zam-zam yang

tak pernah henti mengalir

seperti tak hentinya rahmat dan nikmat yang Kau

kurniakan

menjadikanMu tempat bergantung harap

bagi setiap hamba

Aku rindu menjadi tetamuMu

bukanlah sekadar Kaabah itu mahu kutawafkan

lebih dari itu

jasad ini mahu kuperjalankan

dengan menyedariMu dalam setiap langkah

dalam setiap nafas dan lafaz

Aku rindu menjadi tetamuMu

agar dapat aku melepaskan rindu keduaku

pada sisi Muhammad kekasihMu

Allah..

sungguh aku sedang rindu

sampaikanlah jasad ini Ya Allah

kepada Haramain

Sampaikanlah jiwa ini Ya Allah

padaMu,

Pemilik jiwa dan jasad ini.

Terima Kasih ustazah…saya akan ingat ini sampai bila2…

RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMI CINTA

Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!

Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.

Pada remaja yang terus bertanya… Pada ‘retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.

Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

Relakanlah perpisahan itu demi cinta

 Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

 Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.

 Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.

 Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   

Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?

 Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.

Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

 Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!      

 Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:

 1. Jadi orang baik.

Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.

 Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.

 Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita. 

 Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.   

 2. Ikut pilihan orang baik.

Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.

 Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

 Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya   lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.  

 Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.    

 Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!

 3. Cintai Allah yang Maha Baik.

Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:   
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?

 Ya, burulah cinta itu.     Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.

 Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan! 

Posted from WordPress for Android

Jihad hati dan perasaan

Posted: September 28, 2014 in Uncategorized

Assalamualaikum ayah…
Ayah ini b…b tahu kami 2 beradik sering menyusahkan ayah..ayah tahu tak kami dua beradik tengah berjihad hati dan perasaan untuk tidak membenci ayah. Ayah apa yang ayah lakukan ini adakalanya tidak adil untuk kami terima …kalau ayah di tempat b..bagaimana ya perasaan ayah sekiranya kami tak akn pedulikan ayah lagi.
Semua manusia pasti memiliki perasaan, hanya saja kadarnya berbeza-beza, ada yang kuat ada yang lemah. Perasaan adalah rasa-rasa yang terletak di hati nurani insan.Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa cinta, rasa benci, rasa jijik, rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa kecewa, dll sewaktu sekutu dengannya.

Ayah.
Ayah tahu ..b bangga ayah sekolahkan b di bidang agama..tapi bukan bermakna ayah sewenang2nya memberi kami tekanan emosi berpanjangan..perasaan ini buat b rasa b bukan ank ayah..b tak seperti insan lain..
Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah alami manusia ayah, tidak mudah untuk diasuh, dididik, didisiplinkan,dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.

Ayah
Untuk melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan lebih besar lagi daripada jihad-jihad yang lahiriah seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa. Ya Allah berat betul dugaan yang perlu b lalui ayah..untuk tidak membenci ayah

Ayah
Ayah tahu jiihad yang lahiriah tidak akan terwujud dengan tepat kalau tidak bersumber dan diawali dari jihad yang batin. Dari yang batin inilah mencetuskan yang lahiriah. Kalau yang batin tidak mampu dikorbankan yang lahiriah sudah tentu tidak sanggup dikorbankan. Pengorbanan yang lahiriah adalah implimentasi dari pengorbanan yang batin.

Dengan kata lain, pengorbanan yang lahiriah itu adalah buah dari pengorbanan yang batin yaitu pengorbanan perasaan. Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala diperlukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredhaan. Tidak ada pengorbanan adalah nonsence. Tidak ada pengorbanan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan di dunia dan Akhirat. Ayah tak guna ayah dengar ceramah dan ayah mendendami ibu…ayah kalau ayah nak menegur kami biar lah dengan yang berhemah ayah tak perlu sindir kami dengan perkataan anak derhaka…sindir ibu dengan pakaian bogel..kalau perlu ayah…ayah sediakan lah kekurang yang kami miliki dengan kemampuan ayah…

Ayah
B tahu ayah boleh sediakan segala2nya untuk kami..tapi ayah tak boleh sediakan sedikit kasih sayang ayah untuk kami..ayah dosa apakah yang terpalit pada diri kami hinggakan ayah menganggap diri ayah itu lebih suci dan lebih besih dari kami..ayah tahu kan ibu jahil tentang agama..ibu perlu bimbingan tapi ayah beri tekanan emosi pada ibu..ibu terumbang ambing ayah..kesana sini mencari pegangan umpama layang2 putus tali…ayah, Mengorbankan perasaan, amat sulit dilakukan.Sungguh perih dan sakit. Sungguh tersiksa dan menyusahkan. B beri Contoh pada ayah….

* Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia tinggal di rumah saja untuk membelai kita. Apakah mudah kasih sayang itu kita korbankan untuk mengizinkan dia berjuang di luar rumah. Agar dia dapat menunaikan kewajiban kepada Tuhan di luar rumah walaupun mesti terpisah pada kita beberapa waktu.

* Kita marah kepada seseorang. Dapatkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita sudi memberi maaf atau meminta maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf artinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.

* Kita sangat sayang dengan harta kita. Perasaan sayang dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan di jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyiksa kita.

* Kita letih dan lelah setelah bekerja seharian. Perasaan kita ingin beristirahat. Ingin bersenang-senang dan memanjakan badan. Tiba-tiba ada tamu datang atau ada tetangga yang memerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan perasaan dengan cara kita hormati tamu atau kita pergi menolong tetangga kita yang memerlukan pertolongan kita itu?

* Kita diuji dengan berbagai ujian, miskin, kemalangan, bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaan kita di waktu itu. Kalau kita tidak dapat menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita akan mengeluh, risau. Fikiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi effect di sudut kehidupan kita yang lain. Bahkan dapat menyusahkan orang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan malah dapat menambahkan masalah.

Ayah
B bukan nak kurang ajar tapi ayah ajar b lebih kurang ajar dari segala hal..pengorbanan apa lagi yang perlu kami semua lakukan untuk ayah…pengorbanan yang macam mana yang ayah ,ahukan dari kami semua..masyaAllah tak cukupkah lagi apa yang kami lalui ini ayah

Ayah…
~ Dalam Islam, Jihad bukan membunuh, melainkan membangun peradaban, baik itu peradaban material terlebih lagi peradaban Ruhani. Saling Memaafkan dan memberi maaf adalah satu peradaban ruhani yang telah lama hilang dari umat manusia… ~

Ayah…
Kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil. Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidak ikut mendapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita itu datang simpati orang atau orang pun kasihan…seperti sekarang ustazah banyak bantu b dari segala hal..ayah pedulikah ayah pada b?..sayangkah ayah pada b…seperti kata adik berapa ringgitkah nilai kasih sayang ayah pada kami…ayah b sunyi ayah b…b rasa diri ini tidak di perlukan lagi di dunia ini..tak akn ada orang yang akn amik b..jika ayah berterusan sebegini…ibu sakit ayah..ibu sakit

Ayah
Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan berkuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombong pun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidak korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa banyak orang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim. Entah berapa banyak yang mendapat kesusahan. Sudah tentu timbul side effectnya. Yaitu orang akan benci, masyarakat marah. Mungkin akan ada orang yang dendam dan bertindak kepada orang yang menyusahkan itu. Akhirnya kedua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihak mendapat kesusahan. Itulah yang terjadi dalam diri kami..ayah lebih utamakan ukhwah dengan orang lain dibanding dengan kami..

Ayah
Ayah tahu kalau si kaya atau yang berilmu tadi atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai side effect yang baik. Orang banyak akan menyayangi, masyarakat menghormati, orang memberi hati dan jiwa. Artinya sama-sama menerima faedah. Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama harmoni. Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.

Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahasia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir tolong-menolong, lahir ukhwah, lahir keredhaan. Maka karena itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad. Karena nafsu terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad di medan perang. Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan.

Ayah…
Kami semua impikan kasih sayang ayah untuk kami..b nak balik ayah..jangan buang b jauh kesini..ayah b dah lakukan semua tugasan dengan baik..b akan ikut cakap ayah kalau b bersama ibu.. Ayah tahu b ada perasaan ada hati..
Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, toleransi tidak akan terwujud. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolong-menolong, rasa simpati, ukhuwah, keharmonian,keamanan, kedamaian, semuanya tidak akan terwujud. Artinya mengorbankan perasaan itu sangat besar artinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan manusia.

Oleh itu ayah mari kita minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya agar kita mampu mengorbankan perasaan, agar segala perkara lahiriah yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaan Tuhan.
Ayah tolong sayangi b, adik, ibu dan pak din..kami semua perlukan ayah untuk membimbing kami.

image

Posted from WordPress for Android

Cantik itu ujian..

Posted: September 28, 2014 in Uncategorized

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa.

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.

Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula?

Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikanyang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

image

 

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum
Pagi ni b rasa b betul2 sendiri..kenapa semuanya buat sesusatu tanpa pengetahuan b, ustazah terima kasih untuk ke berapa kalinya b nak ucapkan pada ustazah..
Abang ….kakak
Tolong jangan rahsiakan dari b apa2 lagi b faham perasaan kalian..b pun ada hati dan dan perasaan seperti kalian. Tak perlu lagi kalian sembunyikan apa2 lagi pada b.. b tak akan lupa apa yang b laku kan ini ada kerana kasih dari hati yang paling dalam…

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

B tahu kakak dalam perjalanan menuju ke kedah ..percayalah kat sana adalah tempat belajar yang terbaik…b harap kakak dapat belajar dengan sempurna..b minta maaf kerana selama ini banyak menganggu kehidupan kakak..b harap apa bila kakak balik nanti kakak boleh terima apa yang b rancangkan pada kakak..b tahu semuanya masih kabur2 lagi, percaya lah apa yang akak lalui tak sama macam lalui…ramai yang menunggu kepulangan kakak..b akan setiap hari dengan kehilangan..demi kehilangan..
Kakak..
B tahu b hanya budak yang selalu menyusahkan semua orang..termasuk kakak juga, menganggu hubungan kakak..kakak mungkin b akan habis kan masa disini lebih cepat lagi..b  harap 2016 b dah keluar dr malaysia…masa tu b, hanya mahu tahu kakak dah begelar seorang guru..mungkin juga seorang isteri..
Kakak …
Berangan tak salah, berdoalah dari sekarang agar allah tak keep doa yang akak pinta..
Kakak , tak seperti b Allah simpan doa b agar b selalu bantu orang lain dulu..
Selama ini b hanya berpegang satu saja kata2  dalam hidup b sejak ayah hantar b keluar dari rumah b jadikan ianya pegangan…walaupun kadangkala tak adil dalam diri b..

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika b meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.Sayangi dia seadanya.

Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali kakak mengubah, selamanya kakak akan terus mengubah dirinya.

Tentu kakak masih ingat, kakak terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kakak mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk kakak

Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kakak. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kakak merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta sesorang kerana kelak, yang kakak akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Yakinkan diri kakak akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak kakak mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kakak akan sentiasa meletakkan diri kakak di tempatnya sebelum melakukan apa-apa.

Jika kakak sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kakak mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk kakak berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kakak kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri kakak, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kakak perolehi setelah kakak berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.

Ketahuilah, dia memilih kakak adalah kerana dia percaya bahawa kakak adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kakak telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kakak berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

 p/s:  Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa… marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu  ANUGERAH… Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara… Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..teman tapi mesra..  Kerana dia adalah insan terpilih…

Maaf kakak , mungkin b tak sesuai katakan perkara2 ini…tapi untuk semua lapisan sahabat b lakukan perkara yang sama.. iaitu MENYANYANGI DARI JAUH… MEMPERCAYAI DARI JAUH…tolong kakak..teruskan semuanya, apa yang b lakukan b hanya mahu lihat semua orang tersenyum dengan gembira..percayalah masanya akan tiba..mama kakak akan terima semuanya..kebahagiaan kakak pun akan menjelma..mungkin lepas ni b akan ke tempat lain pula..kakak perlu lupakan budak ini agar di masa akan datang dia tidak akan menganggu lagi kehidupan kakak lagi..jadi kakak tidak akn rasa sakit lagi.

image

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum..

minggu ni ada macam-macam rasa,

macam-macam perkara fikir dalam kepala..

yang penting, Allah selalu ada bersama kita..

Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

bercakap secara general, semua orang pasti mengalami saat-saat mempunyai 

perasaan yang sukar untuk diungkapkan..

bak kata orang, buat kerja semue serba tak kena

makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..

ada orang cakap perasaan macam tu adalah anugerah..

betul ke??

betol betol betol!

perasaan itu anugerah sekiranya kerana Allah..

ramai orang yang kononnya bercinta kerana Allah,

tapi ada jugak yang bercinta kerana Allah tu, putus ditengah jalan,

so kerana Allah ke tu?

mungkin ya, mungkin juga tidak..

bercinta kerana Allah itu, bukan sekadar dimulut, 

tapi dengan hati dan perbuatan sekali..

hanya Allah yang tahu kita bercinta tu berlandaskan cinta kerana Allah ataupun tidak..

yang paling afdal adalah perkahwinan,

cinta selepas kawen lebih barakah..

lebih terasa manisnya..

okay okay, terlebih emo pulak b,

bukan b nak citer pasal cinta after nikah pon..

ni citer lain..

citer yang tiba-tiba je boleh ada perasaan tu..

dah lama b tak alami perasaan yang macam ni..

sebelum ni (semasa b jahil tentang kehidupan), 

ada la jugak timbul perasaan ni,

dah timbul tu layan je la..

siapa tak nak rasa camtu?

……………….

tapi hakikat yang perlu b lalui adalah

hati tak tenang, rasa macam jiwa kacau pulak..

tapi perasaan tu tak lama

bayangnya berlalu dek masa dan jarak yang memisahkan..

masa yang berlalu, menjadikan b semakin belajar mengenal kehidupan..

kehidupan yang 100% pergantungan kita bukan pada siapa-siapa,

tetapi hanya pada si Dia yang Maha Esa…

namun kini b didatangi lagi dengan perasaan itu..

ya perasaan itu indah..

namun hakikatnya itu semua adalah ujian..

ujian sejauh mana kewarasan b berfikir,

sejauh mana kebergantugan b pada si Dia..

menangis mohon petunjuk,

Alhamdulillah,

B masih punya Allah untuk mengadu,

ternyata perasaan yang hadir itu bukan anugerah untuk b,

ia cuma bisikan syaitan untuk melekakan b kepada Pencipta saya sahaja..

kini b semakin tenang menghadapinya…

mohon ketenangan yang berpanjangan ya Allah…

……………………………………………………

         Hadis nabi yang bermaksud: 

‘sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian 

datang menjemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid.’

– riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

  Dalam riwayat lain pula bermaksud: 

‘ sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan 

bersabar hingga meniggal dunia, maka dia adalah seorg yg syahid.’

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMu kpd b,

maka, campakkanlah ke dlm hati b, cintanya adlh krn-Mu,

dan campakkanlah ke dlm hatinya, cinta kpd b adlh krn-Mu.

Namun, andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan oleh-Mu kpd b,

berikanlah b kekuatan agar pasrah dlm mengharungi ujian,

yg Kau berikan kpd b….

Ya Allah sekiranya perasaan ini hanya bisikan syaitan yang

hadir semata-mata untuk melekakan b terhadapMu,

maka Engkau jauhkanlah ia dari b,

peliharalah b untuk sentiasa tidak melupakanMu..

…………………………………………………………………

kadang-kadang Allah hantar seseorang untuk menguji kita,

kadang-kadang Allah hilangkan seseorang untuk menguji kita,

kadang-kadang Allah beri kesakitan untuk menguji kita,

dan kadang-kadang Allah beri keselesaan juga untuk menguji kita..

-jangan mengeluh-

*copy daripada status kawan di Google+*

perasaan itu adalah anugerah,

malah ia juga satu ujian bagaimana untuk kita memelihara perasaan itu..

hope the points will share to others…

wassalam

Posted from WordPress for Android